
Kota Kinabalu: Seorang penghantar barang sambilan berusia 49 tahun dari Melaka, dijatuhi hukuman penjara 16 tahun dan dikenakan lima sebatan atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak perempuan saudaranya.
Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus menjatuhkan hukuman itu kepada lelaki tersebut, selepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah terhadap tertuduh, pada Jumaat.
Bagi pertuduhan pertama, lelaki itu dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan.
Bagi pertuduhan kedua, dia dipenjara sembilan tahun lagi dan dikenakan tiga sebatan.
SPONSORED CONTENT K.T.I. achieves RM140 million sales Kota Kinabalu: K.T.I. Sdn Bhd’s The Logg, Luyang has launched Easy Care, its brand-new hospitality initiative, which aims to elevate the living experience by providing an all–in-one care to its residents at Shorea n Astoria. Read more Mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman penjara itu berjalan secara berturut-turut.
Tertuduh telah melakukan kesalahan itu di dua rumah berbeza di Manggatal, masing-masing pada hujung 2019 dan sekitar 2020.
Lelaki itu didapati bersalah melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Selain daripada hukuman tersebut, mahkamah turut memerintahkan lelaki itu menjalani pemulihan semasa menjalani hukuman penjara, dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama tiga tahun selepas tamat hukuman penjaranya.
Pada 3 Feb tahun ini, lelaki itu diperintahkan membela diri selepas mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadapnya.
Pihak pendakwaan telah memanggil tujuh saksi untuk memberi keterangan terhadap lelaki itu sementara pihak pembelaan memanggil empat saksi.
Peguam Sylvester Kuan mewakili lelaki itu.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
