
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 59 tahun dijatuhi hukuman penjara berjumlah 36 bulan oleh Mahkamah Majistret pada Jumaat atas dua pertuduhan mencabul seorang wanita.
Majistret Marilyn Kelvin, dalam keputusannya di hujung pembelaan Zulkarnain Abdul Ghani, mendapati dia bersalah atas kedua-dua pertuduhan terbabit.
AdvertisementBagi pertuduhan pertama, Zulkarnain dihukum penjara 18 bulan kerana meraba payudara, paha dan kemaluan wanita itu pada 10 November 2018, antara jam 4 petang hingga 6 petang, dalam sebuah kereta Toyota Vios di Jalan Lintas.
Zulkarnain, bagi pertuduhan kedua, dipenjara lagi 18 bulan kerana meraba payudara, paha, kemaluan dan mencium mulut wanita itu pada 12 Februari 2019, antara jam 4 hingga 6 petang, dalam sebuah kenderaan Ford Ranger di Jalan Coastal, di sini.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Setiap pertuduhan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana hukuman itu jika sabit kesalahan.
Marilyn memerintahkan Zulkarnain yang sebelum ini dilepaskan dengan jaminan, menjalani hukuman secara serentak bermula Jumaat.
AdvertisementBagaimanapun, Zulkarnain berjaya memperoleh penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Tinggi.
Majistret membenarkan permohonan penangguhan yang dikemukakan oleh peguam Zulkarnain, Datuk Ram Singh, dan membenarkannya kekal dengan jaminan yang sama.
AdvertisementZulkarnain sebelum ini mengaku tidak bersalah pada 3 September 2021 atas pertuduhan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan dilepaskan dengan jaminan RM1,800 bersama dua penjamin bagi setiap pertuduhan.
Enam saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan telah dipanggil untuk memberi keterangan sepanjang perbicaraan.
Sementara itu, seorang lelaki berusia 26 tahun didakwa cuba menceroboh sebuah rumah.
Waynejohn Sylvester mengaku tidak bersalah melakukan perbuatan itu di rumah yang dihuni Faizal Samat di Batu 7, Jalan Tuaran, Inanam, dengan memulas pemegang pintu secara paksa, pada 10 Februari tahun ini, jam 12.01 tengah malam.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 Kanun yang sama.
Marilyn menetapkan 24 Mac untuk pengurusan kes pra-perbicaraan dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,500 dengan dua penjamin.


