Lelaki cedera, kemaluan digigit ular ketika menggunakan tandas

LocalHealth & Fitness
21 Aug 2024 • 9:31 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

THAILAND – Seorang lelaki mengalami detik cemas apabila kemaluannya digigit ular ketika menggunakan tandas di rumahnya sekitar jam 10 pagi, Isnin lalu.

Menurut Thanat Tangthewanon, sebelum duduk di tandas, dia akan menekan pam air untuk memastikan tiada benda asing dalam mangkuk tandas. Namun, pada hari kejadian, selepas duduk, Thanat merasakan ada sesuatu yang menggigit kemaluannya.

Dalam keadaan panik, Thanat menjenguk ke dalam dan mendapati ada seekor ular sedang menggigit kemaluannya. Thanat terus segera menangkap dan menarik haiwan reptilia itu, tetapi gagal kerana gigitannya terlalu kuat.

Thanat kemudian menggunakan berus tandas untuk memukul ular tersebut sehingga ia mati dan bergegas ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Doktor mengesahkan Thanat bernasib baik kerana ular tersebut tidak berbisa. Tetapi mangsa mengalami luka teruk akibat gigitan ular tersebut.

Thanat berkongsi pengalaman ngerinya itu di Facebook semalam sebagai peringatan kepada orang ramai untuk sentiasa berhati-hati apabila menggunakan tandas.