(VIDEO) Pengkritik Bola Sepak Joe Zakaria Selamba Kena ‘Pukul Curi’ Dua Individu Bertopeng Misteri

LocalFootball
13 Jul 2026 • 4:30 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Seorang YouTuber dan pengkritik bola sepak tempatan, Joe Zakaria cedera parah selepas dipercayai dipukul oleh dua individu tidak dikenali di sebuah stesen minyak berhampiran Bandar Sri Damansara pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 7.56 malam.

Advertisement

Menurut siasatan awal, mangsa yang berusia lingkungan 40-an sedang mengisi angin tayar kenderaannya sebelum didatangi dua lelaki yang menaiki motosikal jenis Yamaha LC dengan nombor pendaftaran yang tidak dapat dikenal pasti.

“Suspek memukul mangsa berkali-kali sebelum merakam video kejadian dan melarikan diri dari lokasi. Akibat kejadian itu, mangsa patah tulang mata dan beberapa kecederaan lain,” katanya.

Shamsudin berkata, motif kejadian masih belum dikenal pasti dan pihak polis sedang giat mengesan kedua-dua suspek yang terlibat.

joe zakaria

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Terdahulu, rakaman kamera papan pemuka yang memaparkan kejadian tersebut tular di media sosial.

Mangsa dipercayai pencipta kandungan bola sepak yang dikenali sebagai YTSK atau Yang Tadak Sapa Kenai, yang sering menghasilkan ulasan mengenai bola sepak tempatan termasuk berkaitan jersi, kasut dan isu semasa sukan berkenaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

pegawai kastam2026-07-13 14:20:18

'Kantoi' Minta Duit Kopi RM 100 Dekat Penumpang KLIA, Pegawai Kastam Kelam Kabut Mohon Maaf Di DM - "Tak Perlu Kecoh-Kecoh"

The post (VIDEO) Pengkritik Bola Sepak Joe Zakaria Selamba Kena ‘Pukul Curi’ Dua Individu Bertopeng Misteri first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved