Lelaki cedera van terbabas di Semporna

26 Apr 2026 • 11:02 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SEMPORNA: Seorang lelaki berumur 65 tahun mengalami kecederaan selepas van yang dinaikinya terbabas dalam kemalangan di Jalan Simpang Pegagau pagi Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna Rastam Keladi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi talian kecemasan 999 sekitar jam 9.14 pagi.

Sepasukan anggota diketuai Komander Operasi Badri Alkap bersama lapan anggota dengan jentera FRT dan EMRS ke lokasi kejadian yang jaraknya 20 kilometer dari balai bomba.

“Setibanya di lokasi pasukan mendapati kenderaan van jenis Foton C2 yang  terbabas sendiri. Anggota bomba bertugas kemudianya berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas.

“Mangsa seterusnya telah dihantar ke hospital menggunakan kenderaan EMRS bomba untuk rawatan lanjut. Operasi ditamatkan sepenuhnya jam 10.04 pagi,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved