Lelaki ‘Claim’ Wang Loteri RM143 Juta Pakai Kostum, Rahsiakan Kemenangan Dari Keluarga Nak Elak Riak

Entertainment
5 Nov 2022 • 10:16 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Peribahasa gelap mata bermaksud apabila seseorang itu hilang fikiran waras kerana melihat wang yang banyak.

Itulah yang mahu dielakkan oleh lelaki di China ini setelah dia memenangi loteri yang bernilai 220 juta yuan (kira-kira RM145 juta) baru-baru ini.

Memetik laporan Oddity Central, lelaki yang merahsiakan identitinya itu telah menang loteri dengan jumlah berkenaan setelah membeli 40 tiket loteri.

Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Li itu telah hadir untuk menuntut hadiah loteri berkenaan dengan memakai kostum kartun berwarna kuning kerana mahu merahsiakan kekayaan yang baru diperolehnya itu dari keluarga iaitu isteri dan anaknya.

image is not available

Menurut Li, dia bukannya saja-saja tak nak berkongsi berita gembira itu dengan isteri dan anaknya.

Dia sebenarnya mahu mengelakkan ahli keluarganya itu daripada berubah menjadi angkuh dan pemalas setelah mengetahui bahawa keluarga mereka kini sudah menjadi kaya.

Saya belum memberitahu kepada anak atau isteri saya tentang berita gembira ini. Saya risau mereka akan rasa lebih hebat daripada orang lain dan mereka mungkin malas bekerja atau belajar bersungguh-sungguh pada masa akan datang,” katanya.

Difahamkan, merahsiakan identiti kepada umum dalam kalangan pemenang loteri bukanlah sesuatu yang asing kerana sebelum ini pun, memang ada pemenang loteri yang buat benda yang sama sebab takut ramai kawan yang dah lama menghilangkan diri datang berjumpa mereka untuk meminjam wang.

image is not available

Ada juga yang takut dirompak jika identiti mereka sebagai orang kaya baru didedahkan kepada umum. Betul jugak tu kan.

Namun, inilah kali pertama seorang pemenang loteri mahu merahsiakan identiti kerana tidak mahu ahli keluarga jadi pemalas jika mereka mengetahui tentang kemenangan wang tersebut.

Walau bagaimanapun, undang-undang di China mengatakan bahawa hadiah kemenangan loteri merupakan aset bersama pasangan suami isteri, jadi jika Li tidak memberitahu isterinya, dia boleh dikatakan sedang melanggar undang-undang.

Apa pulak pendapat korang? Patut ke Li beritahu isteri dan anaknya tentang harta kekayaan barunya ni?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.