Lelaki cuba lakukan gangguan seksual, rakam video wanita di pasar raya ditahan

LocalPolitics
19 Dec 2024 • 8:23 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 19 DIS: Lelaki dipercayai terlibat dalam kes cubaan gangguan seksual dan merakam video wanita di sebuah pasar raya di Jenjarom, Kuala Langat ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Mohd Akmalrizal Radzi berkata lelaki itu ditahan di sekitar Banting dan direman dua hari hingga hari ini.

“Berdasarkan siasatan awal, lelaki itu mengaku dia adalah individu sebagaimana dalam rakaman kamera litar tertutup.

“Semakan mendapati, lelaki yang tidak mempunyai rekod lampau itu juga mengakui pertama kali melakukan perbuatan itu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Isnin lalu, Mohd Akmalrizal dilaporkan berkata pihaknya memburu seorang lelaki berkaitan kes rakam dan gangguan seksual di sebuah pasar raya di Jenjarom, susulan laporan kes yang diterima pada 10.36 pagi, 9 Disember lalu oleh mangsa yang juga wanita warga tempatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved