Lelaki curi pakaian dalam nenek dicekup

17 Apr 2025 • 3:54 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Laporan Sinar Harian berkenaan kes kehilangan pakaian dalam nenek di Kampung Baru Rasah, Seremban.

SEREMBAN - [DIKEMAS KINI] Lelaki yang wajahnya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) mencuri pakaian dalam wanita di Kampung Baru Rasah di sini ditahan polis pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, suspek lelaki berusia 40-an itu ditahan ketika hadir ke balai polis kira-kira jam 9 pagi.

"Hasil risikan, kita berjaya mengenal pasti suspek dan memanggilnya ke balai polis untuk menyerah diri," katanya kepada Sinar Harian.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, tanda tanya seorang wanita mengenai pakaian dalamnya yang sering kali hilang di ampaian akhirnya terjawab apabila CCTV rumahnya berjaya merakam perbuatan seorang lelaki.

Dalam kejadian terbaharu pada Selasa, lelaki terbabit dilihat memberhentikan lorinya di tepi rumah mangsa sebelum melompat masuk ke dalam kawasan rumah dan melakukan perbuatan tersebut.

Mangsa mendakwa, kejadian kehilangan pakaian dalam di rumahnya bukanlah pertama kali berlaku.

"Masa mendiang nenek masih hidup, pakaian dalam dia yang dijemur di garaj pun pernah hilang, tapi ketika itu kami tak ambilnya secara serius.

"Saya mula perasan bila tengok pakaian dalam saya dan kakak yang dijemur kerap hilang dan pernah sehingga tujuh helai sekali gus," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved