Lelaki dakwa disamun, duit syarikat berjumlah RM30,000 dilarikan empat lelaki

18 Sep 2026 • 9:11 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Lelaki dakwa disamun, duit syarikat berjumlah RM30,000 dilarikan empat lelaki

Pengadu hanya datang keesokan harinya untuk membuat laporan sebelum perkara ini menjadi tular di media sosial.

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki berusia 22 tahun mendakwa disamun empat lelaki yang kemudiannya melarikan wang syarikat berjumlah RM30,000 yang dibawanya, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hanyan Ramlan berkata kejadian dipercayai berlaku pada 4.30 petang semalam, di laluan berhampiran Kompleks Mahkamah Sungai Petani, di sini.

“Mangsa bagaimanapun tampil membuat laporan polis pada 7 pagi tadi di Balai Polis Sungai Petani.

“Semasa kejadian, mangsa mendakwa didatangi sebuah kereta yang dinaiki empat lelaki, sebelum berlaku pergelutan antara mangsa dan suspek yang bersenjatakan pisau lipat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa mendakwa suspek cuba menikamnya namun berjaya merampas pisau berkenaan, sebelum menikam suspek yang menyerangnya.

“Mangsa turut mendakwa rakan suspek memukulnya sehingga jatuh ke tanah, sebelum suspek bertindak melarikan wang syarikat yang disimpan di dalam kereta berserta satu kad bank miliknya.

“Pengadu hanya datang keesokan harinya untuk membuat laporan sebelum perkara ini menjadi tular di media sosial,” katanya.

Hanyan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan serta Seksyen 182 Kanun Keseksaan, kerana memberi maklumat palsu kepada penjawat awam.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan saksi kejadian diminta tampil memberikan maklumat.

“Mangsa yang mendakwa mengalami kecederaan juga akan dihantar ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan perubatan,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved