
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Kebanyakan individu pada masa kini khususnya yang telah membeli rumah lebih memilih untuk menjadikannya sebagai pelaburan dengan menyewakannya.
Namun tidak semua bernasib baik mendapat penyewa yang betul-betul menjaga rumah sewa seperti kediaman mereka sendiri.
Manakan tidak, sering kali dilihat pendedahan segelintir individu di media sosial mengenai sikap penyewa yang pengotor dan tidak menjaga rumah yang disewakan.
Baca Artikel Berkaitan: “Penyewa Puaka!” – Lelaki Geli Tengok Keadaan Rumah Sewa Kotor Didiami Geng Pelajar Perempuan
Baca Artikel Berkaitan: “Lipas Bertempiaran” – Ramai Terkejut Lihat Bilik Sewa Kotor & Dipenuhi Longgokan Sampah
Lelaki Kongsi Sikap Penyewa Asnaf, Baru Setahun Menyewa Tapi Kotorkan Rumah
Semalam (7 Oktober), tular di media sosial perkongsian seorang lelaki mengenai sikap pengotor individu yang menyewa rumah sewa kakaknya.
Menerusi perkongsian yang dikongsikan di Threads @nazreenkiflee, pengguna yang dikenali sebagai Nazreen itu mendedahkan rumah kakaknya itu baru sahaja disewakan setahun kepada penyewa tersebut.
Kongsinya, ia disewa oleh penerima asnaf yang sewanya ditanggung oleh Baitulmal.
“Aku memang tak boleh diam kali ni. Rumah kakak aku baru lepas disewa setahun oleh penyewa asnaf, sewa ditanggung oleh Baitulmal. Tapi bila keluar, kau tengok sendiri keadaan rumah tu,” kongsinya.
Rumah Kotor Ibarat Rumah Tinggal
Apa yang menjadi perhatian adalah keadaan rumah yang tidak terurus dan amat kotor seakan telah ditinggal lama walhal ia baru sahaja setahun disewakan.
“Lantai penuh kesan lumpur, dinding conteng, dapur bau busuk, tandas hitam melekat. Barang patah, paip bocor, singki penuh sisa makanan. Macam rumah tak berpenghuni,” kongsinya lagi.


Terang lelaki berkenaan, rumah tersebut berada dalam keadaan baik ketika diserahkan kepada penyewa berkenaan pada mulanya.
Malah, Nazreen turut tertanya-tanya siapakah yang akan menanggung ganti rugi sedangkan sewa rumah tersebut ditanggung oleh Baitulmal.
“Soalan aku, kalau bukan tuan rumah yang salah, kenapa tuan rumah yang kena tanggung semua? Nak cat balik, nak baiki paip, nak cuci najis orang,” tulisnya lagi.
Melalui perkongsian itu, bukan hanya kawasan dapur dan keadaan lantai serta sinki yang kotor dan berkulat, malah kipas siling juga dipenuhi dengan kotoran hingga membuatkan ia meninggalkan kesan berwarna hitam.

Bil Elektrik Tertunggak RM700 & Air Kena Potong
Menerusi perkongsian berasingan, Nazreen turut mendakwa bil elektrik rumah sewa kakaknya itu tertunggak sehingga RM700.
Manakala, bil air turut mempunyai tunggakan hingga menyebabkan bekalannya dipotong.
Difahamkan, Nazreen dan keluarga akan membuat laporan polis berhubung tindakan penyewa berkenaan.
Nazreen turut menunjukkan tangkap layar perbualan dia bersama penyewa berkenaan.
Namun, penyewa tersebut dilihat seolah-olah berlakon menjadi mangsa (play victim) dan meminta pemilik rumah berkenaan untuk memulangkan wang deposit kepadanya.

Bukan itu sahaja, penyewa itu dilihat seolah-olah mengugut untuk tidak akan menghalalkan deposit yang tidak akan dipulangkan.

Difahamkan, rumah sewa berkenaan disewakan oleh kakak Nazreen kepada penyewa tersebut di rumah pangsa Sri Penara, Bandar Sri Permaisuri, Cheras.
Pengguna Media Sosial Kecam Sikap Pengotor Penyewa
Perkongsian yang telah mendapat lebih 155,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terkejut dan mengecam sikap penyewa berkenaan yang tidak menjaga kebersihan malah meninggalkan kediaman dalam keadaan tidak terurus.
Malah, ada yang berkongsi pengalaman sendiri berdepan dengan sikap pengotor dan tidak bertanggungjawab penyewa.
Ini antara komen menarik pengguna Threads:
“Mostly Orang Miskin Memang Pengotor, Aku Bukan Nak Mengata Tapi Mostly Okay”

“Bila Tolong Orang Papa Kedana Yang Tak Ada Adab Macam Ini Lah, Awak Buat Je Report Hantar Ke Baitulmal”

“Ni Penyewa Saya Dari Neraka Yang Baru Keluar Rumah Saya Semalam”

“Sayang Rumah Jangan Sewakan. Kebanyakan Penyewa Takkan Sayang Rumah Sewa Macam Rumah Sendiri”

“Saya B40 Pun Tak Buat Rumah Kotor Macam Ini, Setiap Dua Hari Kena Cuci Atau Mop Lantai, Lap Kipas, Bersih Tingkap”

Baca Artikel Berkaitan: LZS Kesal Penyewa Berstatus Asnaf Tinggalkan Rumah Sewa Dalam Keadaan Kotor & Rosak
Baca Artikel Berkaitan: “Pinggan Pun Malas Basuh” – Rumah Sewa Lelaki Tak Terurus, Penuh Sampah Undang Reaksi Ramai [Video]
Source:



![Ini Cara Masuk & Keluar Saf Ketika Solat Berjemaah [Video]](https://cdn.newswav.com/img/web-revamp/broken-placeholder.png)
