
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Tidak dinafikan, rakyat Malaysia sememangnya terkenal dengan sikap prihatin terhadap haiwan terutamanya kucing dan anjing liar. Boleh dikatakan di banyak tempat pasti ada sahaja individu yang memberi makanan kepada haiwan-haiwan ini.
Tindakan sebegini mencerminkan nilai kemanusiaan sekali gus boleh mendorong individu lain untuk berbuat baik kepada semua makluk.
Pun begitu, kebaikan ini perlu dilakukan dengan tertib agar tidak menimbulkan kekotoran atau gangguan di kawasan awam. Jika tidak, mungkin larangan memberi makan haiwan liar dikenakan.
Tular signboard larang beri haiwan liar makan
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu papan tanda yang tertera larangan memberi makan kepada haiwan-haiwan liar.
Menerusi carousel yang dimuat naik di akaun TikTok @shancool5, signboard itu dipercayai terletak di sebuah kawasan di Butterworth, Pulau Pinang.
Menerusi paparan pada papan tanda berkenaan, jelas tertera gambar-gambar haiwan jalanan seperti kucing, anjing dan juga burung yang dijadikan contoh sebagai haiwan liar.
Di sebelah kiri papan pula, terdapat logo jata Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).
Denda maksimum RM500 jika beri haiwan liar makan
Papan tanda itu turut menyatakan sebab larangan memberi haiwan liar makan dan kesannya kepada kawasan itu jika dilakukan.
Berikut kesan-kesan yang dinyatakan:
- Mengotorkan kawasan
- Mengubah sifat semula jadi haiwan untuk mencari makan
- Haiwan akan mendominasi kawasan tersebut
- Peningkatan populasi haiwan liar
- Menyebabkan kacauganggu
Malah, individu yang didapati memberi makan kepada haiwan liar akan dikenakan kompaun maksimum RM500 mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 di bawah Seksyen 47(1) (G).

Netizen kecam larangan beri haiwan liar makan
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi di mana rata-rata mengecam larangan berkenaan.
Ada segelintir netizen yang berkeras tetap ingin memberi haiwan liar makan di kawasan berkenaan.
Bagaimanapun, ada juga yang bersetuju dengan larangan terbabit berdasarkan kesan-kesan yang dijelaskan itu.
PBT ada kuasa halang orang awam beri haiwan liar makan
Sebagai info, sememangnya wujud larangan untuk membuang sisa makanan atau memberi makanan kepada haiwan berkeliaran, haiwan liar atau burung.
Sebelum ini, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) pernah menyeru masyarakat untuk tidak membuang sisa makanan tersebut atau memberi makanan kepada haiwan liar bagi memelihara kebersihan tempat awam.
Haiwan-haiwan yang dimaksudkan termasuklah:
- Anjing
- Kucing terbiar
- Burung merpati
- Gagak
- Monyet
- Babi hutan
Kesalahan yang dilakukan ini, boleh menyebabkan pelaku di denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi setahun.




Source:




![Ini Cara Masuk & Keluar Saf Ketika Solat Berjemaah [Video]](https://cdn.newswav.com/img/web-revamp/broken-placeholder.png)