Lelaki Dera Kanak-kanak 3 Tahun Sampai Mati, Siap Paksa Makan Najis Dipenjara 8 Tahun 6 Bulan Selepas Mengaku Bersalah

14 Oct 2026 • 5:49 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Lelaki Dera Kanak-kanak 3 Tahun Sampai Mati, Siap Paksa Makan Najis Dipenjara 8 Tahun 6 Bulan Selepas Mengaku Bersalah

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tindakan mendera kanak-kanak merupakan satu perbuatan keji dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Bekas pemandu e-hailing mengaku bersalah dera hingga mati dan paksa kanak-kanak tiga tahun makan najis

Hari ini (14 Oktober) seorang lelaki yang merupakan bekas pemandu e-hailing telah dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Johor Bahru atas pertuduhan mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun sehingga mengakibatkan kematian termasuk memaksanya makan najis pada empat tahun lalu.

Tertuduh, Chan Wen Jin kemudiannya membuat pengakuan bersalah dan dijatuhi hukuman penjara selama lapan tahun serta enam bulan.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Abdul Fareed Abdul Gafoor lalu memerintahkan hukuman ke atas lelaki berusia 32 tahun itu berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 3 Oktober 2022 lalu.

Mahkamah perintah bon berkelakuan baik dengan seorang penjamin untuk 3 tahun & buat kerja komuniti selama 36 jam tak lebih 6 bulan

Selain itu, lelaki berkenaan turut diperintah melaksanakan bon berkelakuan baik dengan seorang penjamin tanpa cagaran untuk tempoh selama tiga tahun.

Bukan hanya itu, lelaki tersebut juga perlu melakukan kerja komuniti selama 36 jam dalam tempoh tidak melebih enam bulan.

Dalam prosiding penghakiman tertuduh, mahkamah juga memaklumkan hukuman hendaklah mengimbangi kepentingan awam serta tertuduh, selain turut mengambil kira keseriusan kesalahan dan juga fakta kes serta faktor mitigasi.

Perbuatan lelaki itu paksa mangsa makan najis disifatkan tak bertamadun

Bukan hanya itu, mahkamah juga menyifatkan perbuatan tertuduh yang memaksa kanak-kanak terbabit memakan najis sendiri dari lampin pakai buang adalah satu tindakan yang tidak bertamadun.

Selain itu ia juga menjatuhkan maruah dan juga tidak boleh dianggap sebagai kaedah untuk mendidik.

Selain paksa makan najis, tertuduh turut hentak kepala mangsa, ketuk ketampi dan paksa berdiri lama dan dirotan

“Mahkamah turut mengambil kira rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan tertuduh melakukan pelbagai perbuatan kejam terhadap mangsa, termasuk menghentak kepala, melakukan ketuk ketampi, memaksa mangsa berdiri untuk tempoh lama serta merotan.

“Menurut mahkamah, rakaman itu menunjukkan perbuatan tertuduh melampaui hukuman fizikal biasa, sebaliknya merupakan penderaan keterlaluan tanpa belas kasihan terhadap kanak-kanak berusia tiga tahun yang tidak berdaya melindungi diri sendiri,” jelasnya, lapor Sinar Harian.

Mahkamah kemudiannya menegaskan lelaki terbabit telah mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh bapa kanak-kanak berkenaan yang memberi amanah kepadanya untuk menjaga mangsa.

Mahkamah tolak hujah pihak pembelaan

Selain itu, mahkamah turut menolak hujah daripada pihak pembelaan bahawa perbuatan tersebut adalah cara lelaki itu mendidik mangsa iaitu seperti yang dibuat kepada anak sendiri.

“Sekiranya tertuduh tidak mampu menjaga mangsa, dia sepatutnya menyerahkan kanak-kanak itu kembali kepada bapanya.”

Sebaik menimbang faktor pemberatan dan mitigasi, mahkamah lalu memutuskan hukuman penjara selama lapan tahun enam bulan adalah bersesuaian dengan kesalahan yang dibuat.

Selain itu mahkamah turut menekankan kepentingan dalam melindungi kanak-kanak daripada penderaan.

Mengikut kertas pertuduhan, kes dikemukakan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan sebelum lelaki itu mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sewaktu prosiding lelaki itu diwakili oleh dua peguam iaiu K Sarawanakumar dan Datin Freeda Sabapathy manakala kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Edelynn Wong serta Nur Diana Zubir.

Terdahulu lelaki terbabit telah didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas pertuduhan membunuh kanak-kanak dikenali sebagai Lee See Jia sewaktu insiden di sebuah kediaman di Jalan Ria 2, Taman Skudai Ria, Skudai antara jam 8 malam hingga 8.30 malam pada 2 Oktober 2022 yang lalu.

Menurut laporan media, mangsa merupakan anak kepada rakan tertuduh dan si kecil didera di rumah terbabit.

Difahamkan ibu mangsa bekerja di Batu Pahat manakala bapanya pula bekerja di Singapura. Kedua-dua mereka meminta Chan Wen Jin untuk menjaga kanak-kanak itu dan seorang lagi anak mereka.

Pada tahun 2022 pembantu rumah tertuduh turut ditahan dan kemudiannya didakwa atas pertuduhan memasuki negara tanpa permit.

Pembantu rumah yang dikenali sebagai Yuliana yang juga warga Indonesia kemudiannya dipenjara selama enam bulan atas kesalahan memasuki Malaysia tanpa permit sah, lapor Harian Metro.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved