Lelaki Dipenjara 8 Tahun 6 Bulan, D*ra & Paksa Kanak-kanak Makan N*jis

14 Oct 2026 • 3:49 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft dera kanak kanak

Seorang bekas pemandu e-hailing dijatuhi hukuman penjara 8 tahun 6 bulan selepas mengaku bersalah mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun hingga menyebabkan kematiannya, termasuk memaksa mangsa memakan najis sendiri.

Hukuman itu dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu terhadap Chan Wen Jin, 32, yang turut didapati melakukan pelbagai perbuatan kejam terhadap mangsa dalam kejadian pada Oktober 2022.

Artikel berkaitan : Kanak-Kanak M*ut Kemalangan 6 Kenderaan, Pemandu BYD Seal Berjaya Dikesan Polis

Artikel berkaitan : “Sampai cedera gusi” – Bekas Guru KAFA Didenda RM2,000 Kerana T*ndang Muka Murid

Paksa makan najis, suruh berdiri lama & rotan

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Abdul Fareed Abdul Gafoor memerintahkan hukuman penjara itu berkuat kuasa mulai tarikh tertuduh ditangkap, iaitu pada 3 Oktober 2022.

Selain itu, mahkamah turut memerintahkan tertuduh melaksanakan bon berkelakuan baik dengan seorang penjamin tanpa cagaran selama tiga tahun serta menjalani kerja komuniti selama 36 jam dalam tempoh tidak melebihi enam bulan.

dera kanak kanak

Dalam penghakimannya, mahkamah menegaskan bahawa hukuman yang dijatuhkan perlu mengambil kira kepentingan awam dan tertuduh, selain mempertimbangkan keseriusan kesalahan, fakta kes serta faktor mitigasi.

Mahkamah turut menyifatkan tindakan memaksa mangsa memakan najis sendiri daripada lampin pakai buang sebagai perbuatan tidak bertamadun dan menjatuhkan maruah, selain menegaskan ia sama sekali tidak boleh dianggap sebagai kaedah mendidik kanak-kanak.

“Mahkamah turut mengambil kira rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan tertuduh melakukan pelbagai perbuatan kejam terhadap mangsa, termasuk menghentak kepala, melakukan ketuk ketampi, memaksa mangsa berdiri untuk tempoh lama serta merotan.”

“Menurut mahkamah, rakaman itu menunjukkan perbuatan tertuduh melampaui hukuman fizikal biasa, sebaliknya merupakan penderaan keterlaluan tanpa belas kasihan terhadap kanak-kanak berusia tiga tahun yang tidak berdaya melindungi diri sendiri,” katanya.

Mahkamah juga menegaskan bahawa tertuduh telah mengkhianati kepercayaan bapa mangsa yang menyerahkan tanggungjawab menjaga kanak-kanak itu kepadanya.

Pembelaan tertuduh yang mendakwa perbuatan tersebut merupakan cara mendidik mangsa, seperti yang dilakukannya terhadap anak sendiri, turut ditolak oleh mahkamah.

“Sekiranya tertuduh tidak mampu menjaga mangsa, dia sepatutnya menyerahkan kanak-kanak itu kembali kepada bapanya,” katanya.

Selepas meneliti faktor pemberatan dan mitigasi, mahkamah memutuskan hukuman penjara lapan tahun enam bulan itu bersesuaian dengan kesalahan yang dilakukan. Keputusan tersebut turut menekankan kepentingan melindungi kanak-kanak daripada sebarang bentuk penderaan.

dera kanak kanak

Untuk rekod, pertuduhan terhadap Chan pada awalnya dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan sebelum dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Terdahulu, tertuduh didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas pertuduhan membunuh Lee See Jie, yang ketika itu berusia tiga tahun.

Kejadian dipercayai berlaku di sebuah rumah di Jalan Ria 2, Taman Skudai Ria, Skudai, antara jam 8 malam hingga 8.30 malam pada 2 Oktober 2022. Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Edelynn Wong dan Nur Diana Zubir, manakala tertuduh diwakili peguam K Sarawanakumar serta Datin Freeda Sabapathy.

Sumber : Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved