Lelaki Di Thailand Beli Petrol Dapat Air, Kerugian Hampir RM4,800

19 Mar 2026 • 2:17 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Seorang lelaki dari Phetchabun, Thailand menyedari bahawa dia telah menjadi mangsa penipuan peniaga petrol selepas mendapati bahawa cecair yang dia terima adalah air biasa dan sekaligus mengalam kerugian sebanyak 40,000 baht (anggaran RM 4,800).

Berdasarkan perkongsiannya di Facebook pada Isnin lepas (16/3/20206), hantaran video itu memperlihatkan dia bersama kakitangan lain, sedang menadah air tersebut yang keluar daripada enjin mesin penggerudi telaga.

Artikel berkaitan: Rakyat Malaysia Disarankan Tangguh Perjalanan Jika Ada Perancangan Untuk Ke Thailand

Memetik laporan Thaiger, lelaki yang dikenali sebagai Amnat Thueansantier berkata, dia mula sedari dirinya ditipu bermula daripada masalah enjin yang tiba-tiba tidak berfungsi yang mendorongnya untuk memeriksa bahan api.

Dari situ dia mula menyedari bahawa enjin mesin terse rupa-rupanya diisi dengan air. Amnat yang menjalankan perniagaan mencari sumber air bawah tanah dan penggerudian telaga di daerah Nong Phai berkata, dia kemudian berdepan kesukaran mendapatkan bekalan petrol lain.

Katanya, sebelum ini dia pernah membeli petrol daripada kedai yang sama pada sekitar (RM6,000 ke RM7,200) tanpa sebarang masalah. Oleh itu, Amnat menggesa orang ramai supaya memeriksa bahan api terlebih dahulu selepas beli, khususnya di stesen minyak kecil.

Bagaimanapun, Amnat tidak ada terfikir untuk mengenakan tindakan terhadap pemilik premis itu biarpun ramai yang sarankan dirinya untuk melakukan perkara sedemikian. Sebaliknya, dia menganggap bahawa kejadian tersebut sebagai nasib malang.

Sumber : Thaiger, Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.