Individu ‘Claim’ Kenal Suami Pelakon Didakwa Terlibat Sc*m, Dakwa ‘Kaki Spin’ Sejak Sekolah – “Macam Mana Azar Boleh Kahwin Dengan Dia?”

LocalEntertainment
4 Mar 2026 • 3:34 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Seorang individu tampil mendedahkan bahawa dia mengenali suami kepada pelakon wanita yang didakwa terlibat dengan isu penipuan (scam).

Menerusi perkongsian di Threads, individu itu mendakwa lelaki berkenaan sudah lama dikenali dengan sikap yang tidak baik dan mempunyai reputasi buruk sejak zaman sekolah.

Advertisement

image is not available

Malah, dia mengakui terkejut apabila mengetahui pelakon tersebut memilih lelaki itu sebagai suaminya.

“Suami dia aku kenal dari zaman sekolah, memang terkenal kaki spin dari dulu lagi.”

“Aku tak terkejut kalau dia sekarang jadi scammer tapi yang aku dan kawan-kawan terkejut macam mana pelakon itu boleh kahwin dengan dia. Buta ke?”

Menurut individu itu lagi, dia mula mengesyaki lelaki berkenaan selepas melihat alamat pada kad pengenalan yang tular di media sosial baru-baru ini.

Nama Azar Azmi Kena ‘Petik’, Didakwa Dalang Penipuan Melibatkan Wang Ringgit Milik Usahawan

“Masa mula-mula viral gambar kad pengenalan dia dengan pelakon itu, aku memang terus kenal sebab nama dia unik.”

“Alamat itu sama dengan alamat di kad pengenalan aku, beza blok sahaja”

“Memalukan betul, tukarlah dulu alamat kalau nak scam orang.”

Sebelum ini, kecoh di Threads apabila seorang pengasas produk kecantikan mendakwa dirinya menjadi mangsa penipuan.

image is not availableimage is not available

Mangsa mendakwa mengalami kerugian mencecah ribuan hingga jutaan ringgit membabitkan beberapa urusan perniagaan, termasuk pelaburan durian dan tanah.

Dalam perkembangan sama, pasangan tersebut juga didakwa terlibat dalam sindiket penipuan jualan tanah lot sehingga mengakibatkan kerugian dianggarkan mencecah RM1.5 juta.

Siasatan lanjut turut mendapati mereka dipercayai telah melarikan diri dari Semenanjung Malaysia dan kini dipercayai sedang bersembunyi di Sarawak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2026-03-03 15:24:06

Nama Azar Azmi Kena 'Petik', Didakwa Dalang Penipuan Melibatkan Wang Ringgit Milik Usahawan

The post Individu ‘Claim’ Kenal Suami Pelakon Didakwa Terlibat Sc*m, Dakwa ‘Kaki Spin’ Sejak Sekolah – “Macam Mana Azar Boleh Kahwin Dengan Dia?” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.