Lelaki dicekup tanam 27 pokok ganja, bawa benih dari California 

10 Oct 2026 • 7:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lelaki dicekup tanam 27 pokok ganja, bawa benih dari California 

JAKARTA – Seorang lelaki ditahan kerana menanam pokok ganja di bumbung rumahnya di Bandung, wilayah Jawa Barat, lapor laman berita Detik hari ini. 

Ketua Polis Bandung, Pesuruhjaya Kanan Dedi Supriyadi berkata, benih-benih ganja itu  berasal di negeri California semasa suspek dikenali sebagai RA, 55, bekerja di Amerika Syarikat (AS). 

Pemeriksaan ke atas kediaman RA membawa kepada penemuan 27 pasu tanaman ganja pelbagai saiz, daripada benih yang baru ditanam serta pokok yang subur dan sedia untuk dituai. 

“Saya belajar kaedah penanaman pokok ganja itu dengan menonton video di YouTube dan mengamalkannya semasa di AS,” kata RA. 

Pihak berkuasa menyatakan, RA menyembunyikan benih ganja itu di dalam poket seluarnya selepas tiba di Indonesia dari AS. – AGENSI 

The post Lelaki dicekup tanam 27 pokok ganja, bawa benih dari California  appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved