Lelaki didakwa bunuh ibu kandung

25 Sep 2026 • 4:38 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Lelaki didakwa bunuh ibu kandung

KENINGAU: Seorang lelaki berusia 31 tahun didakwa di Mahkamah Majistret pada Khamis atas pertuduhan membunuh ibunya.

Elekson Langak dibawa ke hadapan Majistret Flavian Edward Henry untuk menghadapi pertuduhan berkenaan.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada Elekson kerana pengakuannya akan direkodkan selepas kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Elekson didakwa membunuh ibunya yang berusia 56 tahun pada jam 2 petang, 11 September tahun ini di sebuah rumah sewa di Kampung Katagayan, Tambunan.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dengan sebatan mandatori sekurang-kurangnya 12 kali bagi pesalah lelaki berusia bawah 50 tahun jika tidak dijatuhi hukuman mati.

Mahkamah menetapkan 29 Oktober tahun ini untuk sebutan semula kes dan memerintahkan Elekson terus direman sementara menunggu penyelesaian kes berkenaan kerana pertuduhan itu tidak memperuntukkan jaminan.

Pegawai Pendakwa ASP Daniel Dominic hadir bagi pihak pendakwaan, manakala Elekson tidak diwakili peguam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved