
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Setiap pasangan suami isteri mahu mahligai yang dibina kekal bahagia sehingga akhir hayat.
Namun ada segelintir individu terpaksa berhadapan dengan ujian seperti masalah kewangan atau sikap pasangan yang kadangkala boleh menggugat keharmonian rumah tangga.
Antara sikap pasangan yang paling tidak boleh diterima dalam rumah tangga adalah mempunyai orang ketiga atau skandal.
Lelaki Kantoi Dengan Isteri Bawa Rakan Perempuan Pergi Klinik, Nyaris Nak Berpelukan
Semalam (24 September), kecoh di media sosial video seorang lelaki yang didakwa terkantoi oleh isterinya di sebuah klinik.
Menerusi perkongsian yang dikongsikan di Threads, kelihatan lelaki berkenaan bersama seorang wanita yang didakwa skandalnya sedang berada di kaunter farmasi bagi mengambil ubat.
Apa yang menjadi perhatian adalah sebaik selesai urusan pengambilan ubat, lelaki berkenaan dilihat hampir memeluk rakan wanitanya itu.
Namun, tindakannya itu terhenti selepas menyedari ia dirakam oleh perakam video yang dipercayai isterinya.
Isteri Terus Kejar Rakan Perempuan, Lelaki Dakwa Wanita Adik Kepada Rakan
Enggan mencampuri kedua-dua urusan suami isteri itu, rakan wanita lelaki berkenaan terus beredar dari lokasi kejadian.
Namun, isteri lelaki tersebut sempat mengejar dan menahan perempuan itu serta terus bertanyakan hubungan mereka.
Perempuan berkenaan hanya meminta wanita itu mendapatkan jawapan daripada suaminya sendiri.
Namun, dakwa lelaki tersebut, perempuan yang dibawa ke klinik itu hanyalah adik kepada rakannya.
Jawapan tersebut nyata tidak dapat memuaskan hati si isteri. Malah, si isteri turut menampar suaminya sebaik mendengar jawapan itu.
Isteri lelaki berkenaan turut mempersoalkan wanita itu adakah tiada rakan lelaki lain yang boleh membawanya ke klinik berbanding suaminya sendiri.
Pun begitu, pertengkaran di antara ketiga-tiga mereka berlaku terlerai begitu sahaja apatah lagi ia disedari oleh kakitangan klinik tersebut yang menegur ketiga-tiga individu terbabit ditambah pula lelaki berkenaan dilihat merokok dalam kawasan klinik.
Turut Berkongsi Tangkap Layar Perbualan Mesej
Melalui perkongsian itu juga, pemilik akaun Threads berkenaan turut mendedahkan tangkap layar perbualan yang dipercayai di antara lelaki dan rakan wanitanya itu.
Dapat dilihat terdapat video ucapan selamat pagi serta mesej yang dihantar lelaki berkenaan terhadap rakan wanitanya itu.


Ramai Puas Hati Lihat Lelaki Kantoi, Mahu Si Isteri Beraksi Lebih Lagi
Perkongsian yang telah mendapat lebih 1.8 juta tontonan itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang berpuas hati melihat respon terkawal si isteri ketika suaminya dipercayai kantoi curang dengan wanita lain.
Pun begitu, ada sesetengah yang mahu wanita tersebut ‘memarahi’ suami dan rakan wanitanya itu dengan lebih lagi atas apa yang telah dilakukan.
Malah, ada yang turut berkongsi pengalaman sendiri berhadapan dengan pasangan yang curang.
Namun, ada segelintir pengguna media sosial berpendapat adalah tidak wajar si isteri memperlakukan suaminya sedemikian rupa.
Ini antara komen menarik pengguna Threads:
“Love Your Energy Kak! Apa Kejadah Adik Kawan Sampai Teman Pergi Klinik Lepas Tu Nak Peluk Bahu? Anak Bini Dekat Rumah Tak Nak Peluk?”

“Bila Allah Kaburkan Pandangan, Isteri Sendiri Nampak Tak Cantik, Orang Lain Pula Lebih Cantik”

“Sabar Ye Awak, Hidup Ada Pilihan. Lupakan Jelah Lelaki Itu”

“Boleh Tak Nak Tanya Suami, Kalau Kantoi Curang Macam Ni, Kenapa Suami Akan Protect Skandal Tu?”

Baca Artikel Berkaitan: Batal Seksyen 498: Ibarat Halalkan Perbuatan Lelaki Curang Bersama Isteri Orang, Kata Pakar
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Tuntut Cerai & Saman Kawan Baik Sebanyak RM787K Kerana Curang Dengan Isterinya
Source:
