“Hampir nak peluk tu” – Suami Kantoi Curang Depan Mata Isteri Waktu Berduaan Dengan Wanita Lain

Entertainment
25 Sep 2025 • 10:02 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Perkataan curang dah tak asing lagi untuk kita. Semakin hari makin banyak kes pasangan suami isteri yang terlibat dengan isu ni. Persoalannya, siapa sebenarnya yang patut dipersalahkan dalam hal macam ni?

Baru-baru ni di Threads, tular beberapa klip video rakaman seorang wanita yang mendakwa suaminya kantoi keluar dengan seorang wanita yang tak dikenalinya.

 

View on Threads

 

Dalam rakaman itu, wanita berkenaan dilihat mengintip suaminya di sebuah hospital kerajaan. Dia merakam saat suaminya menemani wanita tersebut mengambil ubat di kaunter hospital. Bila menyedari kehadiran si isteri, reaksi kedua-duanya jelas terkejut dan tergamam.

Bukan itu sahaja, wanita yang bersama dengan suaminya itu tak cuba jelaskan apa-apa, sebaliknya terus melarikan diri. Keadaan jadi tegang bila berlaku pertengkaran antara pasangan suami isteri tu. Si suami pula menegaskan wanita tersebut hanyalah kawannya.

Tak puas hati, si isteri terus menuntut kunci motor dan telefon bimbit yang pernah diberikan kepada suaminya. Lagi “panas”, dia turut dedahkan chat perbualan mesra antara suami dan wanita tu di iMessage.

image is not available image is not available image is not available

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen salute tindakan wanita ini kerana berani berhadapan situasi tegang ini dan membongkarkan rahsia suaminya.

image is not available image is not available

image is not available

Sumber: Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.