Lelaki didakwa lakukan amang seksual tahanan remaja

14 Jul 2026 • 2:57 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lelaki didakwa lakukan amang seksual tahanan remaja
Tertuduh tidak mengaku salah ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh pada Selasa.

MELAKA - Seorang lelaki yang didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang tahanan lain di Penjara Sungai Udang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini pada Selasa.

Tertuduh, Muhammad Awal Haruil, 20, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang tahanan lelaki berusia 17 tahun ketika berada di dalam Sel 13, Penjara Sungai Udang, dalam daerah Melaka Tengah, sekitar jam 11 malam pada awal Januari lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Qaiyyum Ramlan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Muhammad Qaiyyum mencadangkan jaminan sebanyak RM15,000 berserta syarat tambahan supaya tertuduh tidak mengganggu saksi pendakwaan serta melaporkan diri di balai polis berhampiran sekali setiap bulan.

Mahkamah bagaimanapun tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh dan menetapkan 17 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes serta lantikan peguam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved