Lelaki didakwa pukul isteri hingga keguguran dituduh pagi ini

LocalPolitics
7 May 2026 • 9:49 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lelaki didakwa pukul isteri hingga keguguran dituduh pagi ini
Suspek tiba di Kompleks Mahkamah Kompleks Mahkamah Sungai Petani pada pagi Khamis bagi menghadapi pertuduhan.

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki yang disyaki memukul isterinya sehingga menyebabkan wanita itu keguguran kandungan tiba di Kompleks Mahkamah Kompleks Mahkamah Sungai Petani pada pagi Khamis bagi menghadapi pertuduhan.

Suspek berusia 43 tahun itu tiba kira-kira jam 8.30 pagi dengan menaiki van Jabatan Penjara Malaysia sambil diiringi kenderaan polis.

Lelaki terbabit yang memakai pakaian lokap berwarna jingga dilihat dikawal ketat ketika dibawa masuk ke pekarangan mahkamah.

Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita berusia 39 tahun yang juga penjawat awam cedera di beberapa bahagian badan selepas dipercayai dipukul suaminya dalam kejadian di sini bulan lalu.

Mangsa turut dilaporkan mengalami keguguran ketika kandungannya berusia 12 minggu.

Difahamkan, suspek melarikan diri sejurus selepas kejadian sebelum berjaya ditahan polis di sekitar Alor Setar.

Polis turut mengesahkan lelaki berkenaan pernah disabitkan kesalahan memukul isteri dalam satu kes di Johor Bahru pada tahun 2021.