
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 44 tahun didakwa merogol anak tirinya.
Lelaki itu mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan, atas pertuduhan dihadapinya.
AdvertisementLelaki itu didakwa merogol remaja perempuan berusia 14 tahun dan tiga bulan itu antara 26 hingga 28 Jun tahun ini di sebuah rumah di Putatan.
Kesalahan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.
SPONSORED CONTENT Ford aims to boost its presence in Sabah, Sarawak The improved ride quality makes the Ranger more comfortable for passengers. Read more Mahkamah menetapkan 22 Jan 2025 dan membebaskan lelaki itu dengan jaminan RM5,000 serta dua penjamin tempatan dan melaporkan diri di balai polis Papar.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Shafeerah Mad Iskim tidak menawarkan jaminan atas alasan mangsa merupakan anak tirinya.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Tetapi, lelaki yang tidak diwakili itu memohon ikat jamin dengan mengatakan dia tinggal bersama isteri pertamanya dan remaja terbabit tinggal bersama isteri keduanya yang merupakan ibu kepada remaja itu.
Sementara itu, seorang wanita didenda RM1,500 atau penjara tujuh hari kerana menjual produk tidak berdaftar.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Nur Syarieani Roslee mengaku menjual dua produk yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan jam 11.20 pagi pada 19 Sept, 2023 di DMJ Beauty Enterprise di Wisma Arjuna Holdings, Beaufort.
Pegawai Pendakwa Saifullah Al-Mujahidi Mohamad Uda dari Jabatan Farmasi, tampil untuk pendakwaan.



