Lelaki mengaku bersalah tampar teman wanita gara-gara tak balas mesej ‘good morning sayang’

LocalPolitics
17 Oct 2024 • 3:00 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seorang lelaki mengaku bersalah atas pertuduhan mencederakan teman wanitanya di sebuah kedai haiwan peliharaan di Jalan Parit Bilal, Batu Pahat 10 Oktober lalu.

Muhamad Nurhaqimi yang merupakan seorang penjaga stor dikatakan bertindak demikian gara-gara teman wanitanya tidak membalas mesej yang dihantar melalui WhatsApp.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

image is not available
Muhamad Nurhaqimi mengaku bersalah menampar teman wanita sehingga menyebabkan kecederaan ringan. Sumber Gambar: Alias Abd Rani/Metro

Memetik laporan Harian Metro, insiden berkenaan berlaku ketika teman wanitanya menghantar makanan tengah hari di tempat kerja tertuduh.

Berlaku pertengkaran mulut antara mereka kerana tertuduh tidak berpuas hati mesej ‘good morning sayang’ yang dihantar tidak dibalas.

Tertuduh kemudiannya didakwa menampar kiri mangsa sehingga mengalami kecederaan ringan.

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM800 terhadap tertuduh dan mengarahkan tertuduh dihukum penjara selama 14 hari sekiranya gagal membayar denda yang dikenakan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved