Lelaki dihanyutkan arus sungai ditemukan lemas

16 Nov 2026 • 3:21 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lelaki dihanyutkan arus sungai ditemukan lemas
Seorang lelaki ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus sungai pada Sabtu lepas. Gambar hiasan

KOTA KINABALU - Seorang lelaki berusia 28 tahun ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus sungai ketika mandi-manda di sebuah tapak perkhemahan di Kiulu, Tuaran pada Sabtu lepas.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah memaklumkan Bilik Kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu daripada pemilik tapak perkhemahan berkenaan pada jam 4.15 petang sebelum enam anggota dikerahkan ke lokasi sejauh 25 kilometer itu, seminit kemudian.

"Pemanggil tersebut kemudian menghubungi semula bilik kawalan pada 4.20 petang memaklumkan bahawa orang awam telah menemukan mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Pasukan bomba diketuai oleh Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan I Welfred Sulai tiba di lokasi pada 4.46 petang dan segera memberikan bantuan pernafasan kepada mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut kenyataan itu, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan pada jam 5.11 petang sebelum dibawa ke Hospital Tuaran untuk tindakan lanjut.

Operasi yang turut disertai Polis Diraja Malaysia itu ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.21 petang. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved