Lelaki dikhuatiri dibaham buaya selepas bot terbalik di Kinabatangan

LocalEnvironment
26 Dec 2024 • 1:09 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Winnie Kasmir

KINABATANGAN: Serang lelaki dikhuatiri dibaham buaya selepas bot membawa kayu belian yang dinaikinya bersama tiga rakan karam di Kampung Bilit, pada petang Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, PPgB Nurul Azlan Shah Jamalludin berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 1.35 petang.

Advertisement“Menurut maklumat daripada waris mangsa, dalam kejadian pada jam 1 petang tersebut, mangsa , Maznin Kahar, 40, bersama tiga orang rakan sekerja menaiki sebuah bot yg membawa muatan kayu belian dari tempat pemunggahan.

“Ketika dalam perjalanan, secara tiba-tiba bot yang mereka naiki terlanggar suatu objek menyebabkan bot tersebut terbalik dan karam,” katanya dalam kenyataan kepada media, pada Khamis.

SPONSORED CONTENT Ford aims to boost its presence in Sabah, Sarawak The improved ride quality makes the Ranger more comfortable for passengers. Read more Tambahnya lagi, tiga rakan mangsa berjaya menyelamatkan diri ke tebing, manakala mangsa sempat berteriak meminta bantuan kerana merasa dirinya diserang buaya.

Namun,mangsa tidak berjaya diselamatkan oleh rakannya.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Sejurus tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba telah menjalankan operasi mencari dan menyelamat bersama anggota polis dan orang kampung.

Setakat jam 6 petang Khamis, mangsa masih belum ditemui.