Dua lelaki hilang ditemui selamat di perairan Indonesia

22 Dec 2024 • 1:42 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Laporan Sinar Harian berkaitan dua lelaki dilaporkan hilang selepas bot mereka hanyut di perairan Kerancut, Kuala Sungai Pinang.

BALIK PULAU - Dua lelaki dilaporkan hilang selepas bot yang mereka naiki hanyut di perairan Kerancut, Kuala Sungai Pinang di sini pada Selasa lalu ditemui selamat.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam yang menerima maklumat mengenai penemuan Muhammad Ikmal Hakimi Ismail, 22, serta rakannya Nor Hasrul Abdullah, 25, di sempadan perairan Indonesia.

Menurutnya, pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sedang menguruskan bagi mengambil dan membawa pulang kedua-dua mangsa terbabit.

"Bot Maritim Malaysia dijangka mengambil masa agak lama untuk sampai ke sempadan bagi mengambil mangsa.

"Kedua-dua mangsa dijangka tiba ke Batu Maung, di sini, kira-kira 3 pagi esok," katanya ketika dihubungi di sini, pada Ahad.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan dua lelaki dilaporkan hilang selepas bot yang mereka naiki hanyut di perairan Kerancut, Kuala Sungai Pinang di sini pada malam Selasa.

Difahamkan, kedua-dua mangsa keluar untuk memukat ikan namun hanyut selepas bot yang dinaiki mengalami kerosakan pada enjin.

Kedua-dua mangsa didapati menaiki sebuah bot berwarna biru dan merah yang tidak mempunyai nombor pendaftaran.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang masuk hari kelima dihentikan pada Sabtu selepas tidak menemukan sebarang petunjuk.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved