Hilang Di Laut Selepas Bot Hanyut Di Perairan Pulau Pinang, 2 Lelaki Ditemui Selamat Di Perairan Acheh

22 Dec 2024 • 3:59 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Selepas dilaporkan hilang di perairan Kuala Sungai Pinang pada Selasa lalu selepas bot yang dinaiki hanyut, dua orang lelaki yang juga rakan akhirnya ditemui dalam keadaan selamat.

Memetik laporan Berita Harian, dua orang mangsa itu yang dikenali sebagai Nor Hasrul Abdullah, 25 tahun dan Muhammad Ikmal Hakimi Ismail, 22 tahun dikatakan telah diselamatkan oleh nelayan Indonesia ketika ditemui di perairan Acheh.

Bapa seorang daripada mangsa yang hilang itu mengesahkan penemuan anak dan rakannya itu setelah dia dihubungi oleh polis yang memaklumkannya mengenai perkara tersebut.

image is not available

Difahamkan, kedua-dua mangsa berada dalam keadaan yang baik, namun kulit mereka agak gelap, mungkin kerana berada lama di laut sebelum diselamatkan.

image is not available

Kedua-dua mangsa akan dibawa pulang oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Difahamkan juga, bot mereka hanyut kerana mengalami masalah enjin.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved