
BEAUFORT: Seorang lelaki dikhuatiri lemas apabila botnya ditemui dalam keadaan tidak berjaga di sungai Kampung Bangkalalak, di sini, Rabu.
Boy Abdullah, 20, dikatakan menyeberangi sungai menggunakan bot itu untuk menghantar barang namun pada jam 4 petang, bot itu kemudian ditemui tanpa pengemudi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beaufort Muhammad Hasbullah Nenggok mengesahkan kejadian berlaku pada jam 4 petang Rabu.
“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan menyusuri tebing sungai di sekitar lokasi terakhir lelaki itu dilaporkan dilihat, namun mangsa tidak ditemui. Operasi SAR diteruskan pagi ini,” katanya pada Khamis.
SPONSORED CONTENT Hajiji says young business professionals' inputs needed to develop Sabah Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said he welcomed inputs from young business professionals to assist in policy formulation. Read more Operasi SAR Khamis turut melibatkan agensi lain seperti polis dan penduduk kampung.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Beaufort DSP Ismail Abdullah berkata laporan polis berhubung kejadian itu diterima Rabu daripada pengadu bernama Erinjo Ismail, yang merupakan jiran Boy.
Erinjo mendakwa dia dan Boy bekerja sebagai buruh binaan membuat rumah di seberang sungai dan ketika itu mereka pergi ke sungai untuk membawa bahan binaan seperti batu, simen, pasir dan alatan ke seberang.
Ismail berkata, tiada jalan darat ke seberang sungai itu dan ketika kejadian Boy dikatakan sedang mengangkat semua barang ke atas bot manakala Erinjo pergi ke kedai untuk membeli makanan.
Katanya, Erinjo mendakwa, ketika pulang ke tebing sungai, dia mendapati bot itu tiada di tebing sungai dan dia melihat tangan Boy terkapai-kapai di tengah sungai sebelum hilang.
“Arus Sungai Padas yang deras dipercayai menyebabkan mangsa tenggelam dan dibawa arus,” katanya.
Erinjo berlari untuk mendapatkan bantuan penduduk kampung dan usaha mencari Boy dijalankan tetapi gagal, kata Ismail.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


