Rantai emas diragut daripada kanak-kanak di pesta makanan

30 Aug 2026 • 5:21 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Rantai emas diragut daripada kanak-kanak di pesta makanan

Polis Nilai siasat kes ragut membabitkan kanak-kanak tiga tahun yang kehilangan rantai emas RM2,900 di kawasan festival makanan yang sesak pengunjung.

NILAI: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun menjadi mangsa ragut apabila rantai leher emas bernilai RM2,900 ditarik seorang lelaki di kawasan festival makanan di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai Superintenden Johari Yahya berkata pihaknya menerima laporan pada 10.28 malam dan kejadian berlaku semasa mangsa dan ahli keluarganya berjalan di festival itu yang sesak dengan pengunjung.

“Mangsa memaklumkan kepada ibunya ada seorang lelaki telah menarik sesuatu pada bahagian leher sebelum wanita itu mendapati rantai leher emas dipakai anaknya hilang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Johari berkata polis sedang menjalankan siasatan termasuk memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran bagi mengenal pasti suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta membantu siasatan dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai menerusi talian 06-790 4222 atau balai polis berhampiran.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved