CCTV bantu kesan peragut rantai Food Festival

30 Aug 2026 • 1:58 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: CCTV bantu kesan peragut rantai Food Festival

NILAI – Polis memburu seorang lelaki yang dipercayai meragut rantai leher emas milik kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun bernilai RM2,900 dalam kejadian di kawasan Food Festival, N9 Arena, Nilai, semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 9.30 malam ketika mangsa bersama ibu dan ahli keluarganya sedang berjalan di kawasan festival yang sesak dengan pengunjung.

“Mangsa kemudian memaklumkan kepada ibunya bahawa seorang lelaki menarik sesuatu pada bahagian lehernya.

“Polis kini giat menjalankan risikan selain meneliti rakaman televisyen litar tertutup di kawasan berhampiran bagi mengesan dan mengenal pasti suspek,” katanya sambil memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

The post CCTV bantu kesan peragut rantai Food Festival appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved