Lelaki Didakwa Junjung Berhala, Amal New Age Movement Bersama Ibu Ditahan JAIS, 14 Individu Lain Dijangka Dipanggil Bantu Siasatan

13 Oct 2026 • 6:55 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan individu yang dikenali sebagai Aliff Daniel bersama ibunya ditahan di Kuala Lumpur, tengah hari tadi bagi membantu siasatan berhubung kes yang tular sebelum ini.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, penahanan kedua-dua individu berkenaan dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menerusi waran tangkap bersaling yang dikeluarkan Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Advertisement

Menurutnya, kedua-duanya kini disiasat mengikut Seksyen 4 dan Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

“Berdasarkan risikan JAIS selepas kes melibatkan individu berkenaan tular, sekurang-kurangnya 14 individu lain dijangka dipanggil bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

JAIS Pandang Serius Kes

Mohd Shahzihan menegaskan bahawa JAIS memandang serius perkara berkenaan dan akan memastikan setiap tindakan diambil berdasarkan bidang kuasa, peruntukan undang-undang serta fakta kes.

Adik Pelakon Wanita Didakwa Junjung Berhala Di Batu Caves, Rumah Dipenuhi Altar Siam Dan Hindu?

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan berkaitan kes tersebut.

JAIS turut meminta masyarakat memberikan ruang kepada pihak berkuasa untuk melengkapkan siasatan yang sedang dijalankan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Lelaki Didakwa Junjung Berhala, Amal New Age Movement Bersama Ibu Ditahan JAIS, 14 Individu Lain Dijangka Dipanggil Bantu Siasatan2026-10-11 14:59:16

Adik Pelakon Wanita Didakwa Junjung Berhala Di Batu Caves, Rumah Dipenuhi Altar Siam Dan Hindu?

 

The post Lelaki Didakwa Junjung Berhala, Amal New Age Movement Bersama Ibu Ditahan JAIS, 14 Individu Lain Dijangka Dipanggil Bantu Siasatan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved