Lelaki ditahan bersama 355 botol air ketum

10 Sep 2026 • 4:28 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Lelaki ditahan bersama 355 botol air ketum

SEREMBAN: Seorang lelaki ditahan bersama 355 botol air ketum dan 2,087 gulung daun ketum dalam operasi di sebuah rumah kedai di Taman Sri Mawar, Senawang, di sini,  kelmarin.

Operasi yang dijalankan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Seremban membabitkan nilai rampasan berjumlah lebih RM15,000.

“Suspek berusia 35 tahun yang juga orang yang disyaki (OYDS) ditahan kira-kira pukul 11.15 malam dan barang kes diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban untuk tindakan lanjut,” kata AADK Negeri Sembilan dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. – UTUSAN

The post Lelaki ditahan bersama 355 botol air ketum appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved