Dua lelaki ditahan, lima kad ATM mangsa dirampas

5 Sep 2026 • 5:47 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Dua lelaki ditahan, lima kad ATM mangsa dirampas

TELUK INTAN: Dua lelaki dipercayai terbabit dalam kegiatan ah long ditahan bersama lima kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik orang lain dalam tangkapan berasingan di sini, semalam.

Kedua-dua suspek ditahan sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak menerusi Op Vulture.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Chua Kok Lian berkata, dalam tangkapan pertama di sebuah mesin ATM di sebuah bank di Teluk Intan, polis menahan seorang lelaki ketika sedang melakukan pengeluaran wang.

Katanya, hasil pemeriksaan terhadap suspek menemukan dua kad ATM dipercayai milik orang lain dan wang tunai RM300.

“Berdasarkan siasatan awal dan pandu arah suspek, polis kemudian menjalankan pemeriksaan di sebuah premis pinjaman wang di Jalan Ah Cheong.

“Pemeriksaan di premis berkenaan membawa kepada penahanan seorang lagi lelaki selain penemuan tiga kad ATM dan beberapa barangan kemas disyaki emas yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, kedua-dua suspek telah dibawa ke IPD Hilir Perak untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Katanya, mahkamah membenarkan kedua-dua suspek direman sehingga esok bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 dan Seksyen 424 Kanun Keseksaan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti penglibatan kedua-dua suspek, pemilik akaun bank yang berkaitan dan pihak lain yang mungkin mempunyai kaitan dengan kegiatan tersebut,” katanya. – UTUSAN

The post Dua lelaki ditahan, lima kad ATM mangsa dirampas appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved