Lelaki ditahan bersama dadah lebih RM29,000

8 Aug 2026 • 2:29 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Lelaki ditahan bersama dadah lebih RM29,000

PARIT: Seorang lelaki ditahan bersama pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM29,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Teluk Saga, Kampung Gajah, di sini pada Khamis.

Serbuan oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak itu dijalankan pada pukul 9.30 malam

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata, dalam serbuan itu, polis merampas sembilan paket plastik lut sinar berisi dadah disyaki heroin seberat 146.33 gram, enam paket methamphetamine seberat 24.70 gram dan 170 biji pil disyaki Erimin 5 seberat 53.38 gram.

Katanya, pemeriksaan lanjut di ruang tamu rumah itu turut menemukan 41 paket plastik bergambar kartun yang setiap satunya mengandungi satu katrij vape berisi cecair disyaki mengandungi ketamin seberat 360.80 gram.

“Keseluruhan dadah yang dirampas bernilai RM29,991.50. Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek berusia 34 tahun itu positif dadah jenis methamphetamine,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, tindakan sitaan diambil ke atas sebuah kereta Proton Waja, sebuah motosikal Honda RS150 dan wang tunai RM3,372 di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988.

Katanya, siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Suspek yang mempunyai 12 rekod lampau bersabit kes dadah direman selama tujuh hari bermula 7 hingga 13 Ogos ini bagi membantu siasatan,” katanya. – UTUSAN

The post Lelaki ditahan bersama dadah lebih RM29,000 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved