Lelaki maut kereta terbabas dalam longkang

LocalCars
8 Aug 2026 • 9:31 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lelaki maut kereta terbabas dalam longkang

PASIR SALAK – Seorang lelaki maut setelah kenderaan dinaiki bersama lima ahli keluarganya terbabas ke dalam longkang di Kampung Pulau Juar, Kampung Gajah di sini malam tadi. 

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 10.52 malam.

“Kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Wira yang terbabas masuk ke dalam longkang serta terdapat enam orang mangsa iaitu sekeluarga terdiri daripada seorang lelaki dewasa, seorang wanita, tiga kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan. 

“Seorang wanita dan empat kanak-kanak telah dikeluarkan oleh orang awam dalam keadaan selamat sebelum bomba sampai di lokasi manakala seorang lelaki dewasa tidak tersepit di bahagian pemandu dan dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya di sini hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Mohd. Khirzee Musa, 39.

Beliau berkata, ketua operasi melaksanakan penilaian awal (size-up) seterusnya mengaplikasikan konsep SAVER dengan mengarahkan anggota melaksanakan kerja-kerja penyelamatan menggunakan pengusung sehingga mangsa berjaya dikeluarkan.

Katanya, mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan dan bantuan pernafasan (CPR) di lokasi kejadian sebelum dia disahkan meninggal dunia. 

“Mangsa diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Lelaki maut kereta terbabas dalam longkang appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved