Tiga lelaki tempatan bebas tuduhan edar lebih 4.5 kilogram dadah

6 Aug 2026 • 2:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tiga lelaki tempatan bebas tuduhan edar lebih 4.5 kilogram dadah

JOHOR BAHRU: Mahkamah Tinggi Johor Bahru hari ini membebaskan tiga lelaki tempatan daripada dua pertuduhan mengedar dadah jenis ketamin dan methamphetamine seberat lebih 4.5 kilogram, lima tahun lalu.

Hakim Kan Weng Hin membuat keputusan itu selepas pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap ketiga-tiga tertuduh iaitu Tarji Suwoto, 65; Rojeb Imarom, 56 dan Firdaus Hashim, 29.

Beliau berkata, pendakwaan telah gagal membuktikan tertuduh menunjukkan dadah dalam rumah, selain fakta dikemukakan tidak menunjukkan tertuduh membawa dadah yang terlibat.

“Mengikut keterangan saksi, berhubung isu kenderaan, tertuduh pertama dan kedua telah turun daripada Toyota Hilux tanpa membawa apa-apa barang seperti barang kes yang dijumpai dalam rumah.

“Pendakwaan juga tidak dapat membuktikan siapa yang menunjukkan dadah itu. Tidak boleh tiga-tiga mereka yang tunjukkan, mesti seseorang di sana. Semua ini menimbulkan keraguan dan pendakwaan gagal buktikan kes prima facie terhadap tiga tertuduh, oleh itu, mereka dilepas dan dibebaskan,” katanya menerusi hujah penghakiman.

Berdasarkan kedua-dua kertas pertuduhan, mereka didakwa bersama mengedar 4,207.66 gram ketamin dan 369.14 gram methamphetamine di sebuah rumah di Kampung Teluk Ramunia, Sungai Rengit, Pengerang, Kota Tinggi, kira-kira pukul 11 pagi, 27 Jun 2021.

Atas kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau jika tidak dijatuhkan hukuman mati, hendaklah dipenjara seumur hidup dna sebat tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Umar Faiz Abdul Kohar manakala tertuduh diwakili peguam, John Fernandez dan Lydiana Mansor.-UTUSAN

The post Tiga lelaki tempatan bebas tuduhan edar lebih 4.5 kilogram dadah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved