
LAHAD DATU: Seorang lelaki tempatan berusia 59 tahun ditahan kerana disyaki menceroboh ke kawasan hutan simpan di sini, Selasa, semasa Op Bakar yang dijalankan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bersama Jabatan Perhutanan.
Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Dzulfikhar, berkata mereka mendapati kira-kira lima ekar kawasan diceroboh dan dibuka secara haram.
Antara aktiviti yang dilakukan termasuk penebangan pokok bakau, pembakaran terbuka serta penanaman pokok kelapa sawit, buah-buahan dan sayur-sayuran.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Sebuah rumah dan struktur bangunan untuk sarang burung walit turut dibina di kawasan tersebut tanpa kebenaran.
“Lelaki berkenaan disyaki melakukan kesalahan di bawah Enakmen Hutan 1968 dan diserahkan kepada Jabatan Perhutanan untuk siasatan lanjut,” katanya.
Menurut Dzulfikhar, pelaksanaan operasi bersepadu seperti Op Bakar merupakan langkah penting dalam memastikan kawasan hutan simpan, pesisir pantai dan perairan negara kekal terlindung daripada sebarang pencerobohan.
“Pendekatan kolaboratif ini bukan sahaja bertujuan melindungi ekosistem semula jadi, tetapi juga menjamin keselamatan dan kesejahteraan perairan negara,” katanya.
Beliau menambah, Zon Maritim Lahad Datu akan terus memperkukuh kerjasama strategik dengan agensi penguatkuasaan lain dalam usaha memperhebat kawalan keselamatan dan penguatkuasaan.
Orang ramai diminta menyalurkan sebarang maklumat kepada Zon Maritim Lahad Datu melalui WhatsApp pada 016-9305727 atau talian kecemasan 999.



