Lelaki Ditahan Disyaki Bakar Rumah Keluarga, Ibu Melecur Teruk

LocalPolitics
30 Oct 2025 • 10:51 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang lelaki berusia 25 tahun ditahan polis selepas disyaki membakar rumah milik keluarganya di Kampung Seberang Kuak Hulu, Pengkalan Hulu, awal pagi Khamis.

Lelaki bakar rumah disebabkan bawah pengaruh dadah

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu, Superintendan Zulkepli Ibrahim berkata, kejadian yang dilaporkan sekitar jam 1.08 pagi itu mengakibatkan kira-kira 65 peratus bahagian rumah musnah dalam kebakaran.

image is not available

Foto: Kosmo!

“Siasatan awal mendapati insiden dipercayai berpunca daripada perbuatan khianat anak pemilik rumah sendiri yang disyaki berada di bawah pengaruh dadah,” katanya.

Menurut beliau, ibu suspek yang cedera akibat melecur dalam kejadian berkenaan telah dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah untuk menjalani pembedahan segera.

Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba Pengkalan Hulu dengan bantuan Balai Bomba Daerah Baling berjaya mengawal kebakaran sepenuhnya pada jam 2.30 pagi.

“Suspek kemudiannya berjaya diberkas oleh sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Pengkalan Hulu bersama anggota Cawangan Kereta Peronda (MPV) pada jam 3.25 pagi hari sama,” ujarnya.

Foto: FMT

Zulkepli menambah, ujian saringan awal air kencing suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine.

“Mahkamah Majistret Gerik telah meluluskan permohonan tahanan reman terhadap suspek selama empat hari sehingga 1 November bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan,” jelasnya.