Lelaki ditahan pukul anak guna ‘timing belt’

LocalFamily & Parenting
19 May 2025 • 4:00 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Azmie Lim

LAHAD DATU: Polis menahan seorang lelaki tempatan kerana menyebabkan kecederaan terhadap anak lelakinya yang berusia 13 tahun dalam satu kejadian keganasan rumah tangga di Kampung Sharip, di sini, pada Sabtu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Supt Jimmy Panyau, berkata mangsa ketika itu sedang membantu suspek berusia 38 tahun membaiki sebuah kenderaan di kawasan tersebut ketika kejadian berlaku.

Beliau berkata, suspek kemudiannya memukul mangsa menggunakan tangan serta tali sawat masa (timing belt) kenderaan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Kejadian itu dilaporkan oleh bekas isteri suspek yang menerima gambar kecederaan anak mereka daripada anak-anak yang lain melalui Whatsapp.

“Mangsa mengalami lebam di bahagian belakang, rusuk dan kaki kanan. Suspek ditahan kira-kira jam 12.10 tengah hari pada hari yang sama,” katanya.

Menurut Jimmy, siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Dalam pada itu, Jimmy turut berkata pihak polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam kes keganasan rumah tangga.