Lelaki ditahan tampar, ugut penjaja guna pisau di Cheras 

6 Nov 2026 • 8:19 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Lelaki ditahan tampar, ugut penjaja guna pisau di Cheras 

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 38 tahun ditahan kerana disyaki melakukan ugutan menggunakan pisau terhadap seorang penjaja di Jalan Tasik Selatan 21, Bandar Tasik Selatan, Cheras petang tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Rosdi Daud berkata penahanan itu susulan kejadian membabitkan seorang lelaki dipercayai ditampar dan diugut menggunakan sebilah pisau dalam insiden perselisihan faham berkaitan aktiviti perniagaan di tepi jalan hadapan Residensi Sateri, 3 petang tadi.

Katanya, suspek warga tempatan itu ditahan di sebuah gerai menjual pisang goreng berhampiran lokasi kejadian bagi membantu siasatan selain polis turut merampas pisau yang digunakan dalam kejadian itu.

“Semakan awal mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kertas siasatan sedang dilengkapkan termasuk merakam percakapan mangsa dan saksi serta mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi kejadian.

Terdahulu, video memaparkan insiden berkenaan tular di media sosial.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved