Warga emas maut dipercayai didera, tiga individu ditahan polis

6 Nov 2026 • 9:35 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Kenyataan media Ketua Polis Negeri Sembilan berhubung kes warga emas berkerusi roda maut dipercayai didera dan dipukul menggunakan getah paip.

Tiga individu termasuk dua wanita ditahan polis bagi membantu siasatan kes kematian seorang lelaki warga emas berusia lingkungan 60-an yang dipercayai menjadi mangsa penderaan oleh beberapa individu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, penahanan membabitkan seorang lelaki dan dua wanita warga tempatan berusia antara 28 hingga 34 tahun yang dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan.

Menurutnya, pihak polis menerima laporan kira-kira jam 10 pagi pada 5 November lalu berhubung satu video tular di TikTok yang memaparkan seorang lelaki warga tempatan dipercayai didera oleh beberapa individu.

“Mangsa dilaporkan meninggal dunia pada petang 4 November 2026,” katanya.

Susulan laporan itu, polis menjalankan siasatan sebelum menahan ketiga-tiga individu berkenaan bagi membantu siasatan.

Polis turut merampas beberapa barangan termasuk getah paip yang digunakan untuk memukul mangsa, sebuah kerusi roda, telefon bimbit serta pakaian yang digunakan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam pada itu, Alzafny menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian tersebut kerana dikhuatiri boleh mengganggu siasatan polis.

Beliau turut memberi jaminan tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang terbabit, selain menegaskan siasatan menyeluruh sedang dijalankan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Terdahulu, tular sebuah video di media sosial yang memaparkan seorang warga emas berkerusi roda didera dan dipukul menggunakan getah paip oleh beberapa individu.

The post Warga emas maut dipercayai didera, tiga individu ditahan polis appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved