“Kami hampir kena t*kam” – Didakwa Tampar & Ugut Peniaga Lain Guna P*sau, Penjual Pisang Goreng Ditahan

6 Nov 2026 • 11:35 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

penjual pisang goreng tikam ft

Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai bertindak agresif dengan menampar serta mengugut seorang peniaga menggunakan sebilah pisau dalam kejadian di Bandar Tasik Selatan, Cheras pada petang Khamis.

Menurut Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang di tepi jalan, berhampiran sebuah residensi di Jalan Tasik Selatan 21.

Susulan kejadian itu, polis berjaya menahan suspek warga tempatan berusia 38 tahun pada lewat petang semalam di sebuah gerai pisang goreng miliknya menerusi tindakan pasukan petugas Balai Polis Sungai Besi.

“Polis turut merampas sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Artikel berkaitan: Tular Video Sekumpulan Peniaga ‘Bergocoh’ Di Laman Siti Khadijah, Rupanya Sebab…

Artikel berkaitan: “Boleh bincang cara elokkan?” – [VIDEO] Lelaki Bergaduh Sampai Berdarah Sebab Rebutkan Kawasan Peniagaan?

Mengulas lanjut, Mohd Rosdi berkata, siasatan awal mendapati insiden berkenaan dipercayai berpunca daripada perselisihan faham berkaitan aktiviti perniagaan di kawasan terbabit. Semakan polis juga mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Tambahnya, pihak polis kini sedang melengkapkan siasatan termasuk merakam percakapan mangsa dan saksi serta mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi kejadian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya.

Screenshot 2026 11 06 104321

Terdahulu, tular satu hantaran di Threads apabila seorang pengguna mendakwa dirinya hampir ditikam menggunakan pisau susulan pertikaian berkaitan perniagaan tauhu rangup.

Menerusi hantaran tersebut, individu berkenaan turut mendakwa konflik tercetus disebabkan isu tapak perniagaan serta saman yang dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Bagaimanapun, dakwaan terperinci yang dikongsikan pengguna itu masih belum disahkan oleh pihak polis.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved