Lelaki Ditelan Ikan Paus Sewaktu Berkayak Sebelum Dimuntahkan Semula – “3 Saat Yang Pelik Di Bawah Sana..”

14 Feb 2025 • 1:34 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Dapat dilihat di platform media sosial, tular video memaparkan seorang lelaki yang sedang berkayak bersama bapanya alami momen yang mengerikan di dalam hidup mereka.

Ditelan oleh ikan paus sewaktu berkayak

Dalam video tersebut, lelaki yang sedang berkayak itu didatangi oleh seekor ikan paus ‘humpback’ dan secara tiba-tiba ditelan sebelum dimuntahkan semula beberapa saat kemudian di pantai selatan Chile.

Tiba-tiba saya mendapati seakan seperti diangkat oleh sesuatu seakan ombak. Saya panik dengan apa yang sedang berlaku. Kemudian saya hanya sedar seperti sudah tenggelam dan ditelan.

Kejadian yang mengerikan itu dirakam oleh bapanya yang bernama Dell Simancas yang ketika itu berada di kayak lain.

‘Tiga saat yang pelik dalam hidup’

Itulah detik menakutkan kerana saya tidak melihat Adrian selama kira-kira tiga saat. Kemudian dia tiba-tiba terpelanting keluar tanpa kayak, dan beberapa saat kemudian kayaknya muncul.

Susulan alami momen seperti itu, lelaki bernama Adrian itu mengakui merasakan dirinya akan mati sewaktu insiden tersebut dan merasakan ia merupakan tiga saat yang pelik dalam hidupnya.

image is not available 1 day ago

‘Surviving Black Hawk Down’ Di Netflix: Kenapa Hanya Tentera AS yang Diangkat, Tapi Peranan Askar Malaysia Dinafikan?