Seorang lelaki ditemukan tidak bernyawa selepas dipercayai terkena renjatan elektrik ketika melakukan aktiviti memikat burung di Kampung Bukit Tok Chom, pada Selasa.
Lelaki maut pikat burung

Menurut laporan Astro Awani, mangsa dikenali sebagai Sahrulnizam Ramli, 53, dari Kampung Hujung Ketun, dijumpai orang awam dalam keadaan terbaring dengan kesan melecur di seluruh tubuh.
Ketua Polis Daerah Pendang, Superintenden Rodzi Abu Hassan berkata, pemeriksaan awal ke atas tubuh mangsa tidak menemukan sebarang unsur jenayah.

“Pasukan penyiasat turut menemukan sebatang galah yang telah diubah suai untuk memikat burung.
Galah tersebut masih tersangkut pada kabel elektrik bervoltan tinggi yang dipercayai digunakan mangsa,” katanya.
Menurut beliau, sebuah motosikal jenis Modenas Kriss dipercayai milik mangsa juga ditemui berdekatan lokasi kejadian.

Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar bagi tujuan bedah siasat.
Sumber: Astro Awani (Adie Sufian Zulkefli)
The post Lelaki Ditemui Maut Dipercayai Terkena Renjatan Elektrik Ketika Memikat Burung appeared first on Borak Daily.


