Seorang lelaki berusia 53 tahun ditemukan maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik ketika memikat burung di Kampung Bukit Tok Chom, Pendang pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Pendang, Superintenden Rodzi Abu Hassan berkata, mayat mangsa, Sahrulnizam Ramli dari Kampung Hujung Ketun, ditemui orang awam dalam keadaan terbaring dengan kesan melecur di seluruh badan.
Baca juga:
Hasil siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah, sebaliknya kematian berpunca daripada galah yang telah diubah suai untuk memikat burung masih tersangkut pada kabel elektrik bervoltan tinggi.
Pihak polis turut menemui sebuah motosikal Modenas Kriss dipercayai milik mangsa tidak jauh dari lokasi kejadian.


Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk proses bedah siasat.
Sumber: Astro Awani
The post Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika memikat burung appeared first on The Reporter.


