Lelaki ditemui meninggal dunia di hadapan gerai

25 Oct 2026 • 6:02 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lelaki ditemui meninggal dunia di hadapan gerai
Seorang lelaki ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di hadapan sebuah gerai makanan di kawasan Flat Sri Melaka, Jalan Ikan Emas, di sini pada Ahad - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di hadapan sebuah gerai makanan di kawasan Flat Sri Melaka, Jalan Ikan Emas, di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Rosdi Daud, berkata pihaknya menerima laporan berhubung penemuan lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an itu pada 25 Oktober.

Menurutnya, pegawai penyiasat bersama anggota Bahagian Siasatan Jenayah, anggota Balai Polis Salak Selatan serta Pasukan Forensik Polis kemudian hadir ke lokasi kejadian bagi menjalankan pemeriksaan dan siasatan awal.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah dikesan di lokasi kejadian.

“Lelaki berkenaan disahkan meninggal dunia oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lumpur di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Rosdi berkata, punca sebenar kematian masih belum dapat dipastikan dan memerlukan pengesahan melalui proses bedah siasat.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Cheras untuk tindakan lanjut.

“Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved