Lelaki warga emas cedera rumah usang runtuh

25 Oct 2026 • 7:49 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Lelaki warga emas cedera rumah usang runtuh

LUMUT: Seorang lelaki warga emas cedera ringan selepas rumah yang didiaminya runtuh di Kampung Raja Hitam di Ayer Tawar, Manjung, di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, mangsa berusia 72 tahun ditemukan berada di bawah timbunan kayu sebelum berjaya dikeluarkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Penolong Pengarah Operasi JBPM Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 2.21 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Tawar digerakkan ke lokasi kejadian.

Katanya, setibanya di lokasi, anggota bomba mendapati rumah setingkat kelas C yang usang dan reput itu telah runtuh sepenuhnya dengan mangsa berada di bawah timbunan kayu.

“Ketua operasi melaksanakan penilaian risiko sebelum mengaplikasi konsep Saver dengan mengarahkan anggota mengalihkan timbunan kayu bagi mengeluarkan mangsa.

“Mangsa kemudian dibawa keluar menggunakan pengusung sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, operasi melibatkan lima anggota dengan sebuah jentera dari BBP Ayer Tawar itu ditamatkan sepenuhnya pada pukul 3.57 petang. – UTUSAN

The post Lelaki warga emas cedera rumah usang runtuh appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved