Lelaki ditemukan maut berlumuran darah di tingkat bawah hotel

8 Nov 2026 • 8:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lelaki ditemukan maut berlumuran darah di tingkat bawah hotel
Mayat seorang lelaki ditemukan berlumuran darah di tingkat bawah sebuah hotel di Bayan Lepas pada Ahad. Gambar hiasan

GEORGE TOWN - Mayat seorang lelaki ditemukan berlumuran darah di tingkat bawah sebuah hotel di Bayan Lepas, dekat sini pada Ahad dipercayai selepas terjatuh dari balkoni biliknya di tingkat 23 bangunan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, mayat lelaki tempatan berusia 25 tahun yang berasal dari Bayan Lepas itu ditemukan oleh seorang pekerja hotel pada 6.40 pagi, dan pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 7.13 pagi.

"Siasatan mendapati mangsa disyaki terjatuh dari balkoni biliknya di tingkat 23 hotel tersebut, dan pemeriksaan forensik di lokasi kejadian serta tubuh mangsa tidak menemukan sebarang unsur jenayah.

"Hasil bedah siasat oleh Pakar Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang mendapati mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kaki, badan dan kepala akibat terjatuh dari tempat tinggi," katanya dalam kenyataan, malam Ahad.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, dan satu Laporan Mati Mengejut (LMM) dibuka untuk siasatan lanjut. - Bernama

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved