Pemuda ditahan pecah tiga tabung masjid di Batu Hampar

8 Nov 2026 • 10:05 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pemuda ditahan pecah tiga tabung masjid di Batu Hampar

REMBAU – Seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kejadian pecah tiga tabung masjid di Kampung Seberang Batu Hampar di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Rembau, Superintenden Ngiam Ooi Ming berkata, suspek ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau kira-kira pukul 2.20 petang tadi.

Menurut beliau, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 9.03 pagi selepas tabung masjid berkenaan didapati dipecah masuk.

“Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku antara pukul 2 pagi hingga 4.30 pagi apabila suspek memasuki masjid dengan cara mengumpil pintu gelangsar di bahagian belakang.

“Suspek kemudian dipercayai mengumpil serta memotong mangga pada tiga buah tabung masjid sebelum melarikan wang tunai dianggarkan berjumlah RM500,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Beliau berkata, hasil tindakan pantas polis suspek berjaya diberkas di sekitar kawasan Rembau dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

“Suspek dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban hari ini bagi permohonan reman untuk membantu siasatan lanjut,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa keping gambar kejadian berkenaan termasuk tangkap layar imej suspek yang berjaya dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) masjid itu.- KOSMO! ONLINE

The post Pemuda ditahan pecah tiga tabung masjid di Batu Hampar appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved