
PETALING JAYA : Seorang lelaki warga emas berusia 61 tahun ditemukan maut dalam keadaan tergantung di Menara Tinjau, Taman Metropolitan Kepong, dekat sini pada Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam berkata, pemeriksaan dan siasatan oleh unit forensik di lokasi mendapati tiada kecederaan luaran yang ketara pada lelaki berkenaan selain tiada tanda pergelutan atau unsur jenayah di tempat kejadian.
“Bedah siasat yang dijalankan oleh Hospita Kuala Lumpur semalam mendapati punca kematian adalah tekanan atau jerutan pada leher akibat digantung atau ligature compression of the neck due to hanging.
“Sampel darah si mati bagaimanapun diambil untuk analisis lanjut oleh Jabatan Kimia Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya,kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut telah dijalankan mengikut prosedur yang ditetapkan. – UTUSAN
The post Lelaki ditemukan maut tergantung appeared first on Utusan Malaysia.






